06 Desember, 2013

Amalan sunat hari Jumat!!


205974 249558871731204 167037783316647 832151 7657551 n Amalan Sunat Hari Jumaat
1. Memperbanyak salawat kepada Rasulullah s.a.w. pada malam jumat dan pada siang hari jumat. Sabda baginda s.a.w.yang bermaksud: “perbanyaklah selawat kepadaku pada hari jumat dan malam jumat. Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali maka ALLAH akan berselawat dan memberikan salam kepadanya sepuluh kali.”(riwayat baihaqi)
2. Membaca surah Al Kahfi pada hari jumaat atau malam jumat. Abu said meriwayatkan bahaawa rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “sesiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari jumat , maka ia akan diterangi oleh cahaya antara dua jumat.”( riwayat al-nasa’I dan al-baihaqi)

3. Mandi sunat,berhias,bersiwak dan memakai wangian. Daripada ibn Abbas, bahwa rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:”sesungguhnya hari in(jumat)ialah hari raya yang ALLAH jadikan untuk kaum muslimin. Siapa yang mendatangi solat jumat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki minyak wangi,maka hendaklah ia memakainya.hendaklah pula kalian bersiwak.”(riwayat ibn majah dengan sanad hasan.
4. Bersegera menghadiri solat jumaat.  mendapat ganjaran yang berbeda bagi orang yang bersegera ke masjid pada hari jumat berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah daripada Rasulullah yang diringkaskan seperti berikut ;
waktu masuk masjid awal waktu seolah-olah berkorban seekor unta
waktu masuk masjid waktu kedua seolah-olah berkorban seekor lembu
waktu masuk masjid waktu ketiga seolah-olah berkorban seekor kambing kibas
waktu masuk masjid waktu keempat seolah-olah berkorban seekor ayam
waktu masuk masjid waktu terakhir seolah-olah berkorban sebutir telur
5. Berusaha untuk duduk dekat dengan imam semasa solat jumaat. Samurah meriwayatkan daripada rasulullahs.a.w. sabda baginda yang bermaksud:”hadirilah khutbah dan mendekatilah kapada imam. Sesungguhnya seseorang yang menjauh akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya.” (riwayat abu daud dan al-hakim)

FREE WORLDWIDE SHIPPING

BUY ONLINE - PICK UP AT STORE

ONLINE BOOKING SERVICE